Ulangkaji Nombor dan Operasi (Review Numbers & Operations0
Pilih jawapan yang betul berkenaan topik Nombor dan Operasi Tahun 4
Created Date
09.11.21
Last Updated
09.13.21
Viewed 2 Times
Create multiple-choice games on Wisc-Online and play them on our Chakalaka mobile app!
But that's not all! Explore educational games created by others. Simply search by category or enter agame code number and dive into a world of learning and fun.
Download the Chakalaka mobile app here:
Topics of this game:
-
Terdapat 58 250 buah buku Bahasa Malaysia dan 30 230 buah buku bahasa Inggeris di dalam sebuah perpustakaan. Berapa buah buku kesemuanya?
-
Encik Karim menjual 14 209 biji telur pada hari Selasa, 11 857 biji telur pada hari Rabu dan 13 122 biji telur pada hari Khamis. Cari jumlah biji telur yang dijual kesemuanya.
-
Bilangan penduduk di Kampung Sri Gading, Kampung Parit Karjo dan Kampung Jelutong masing-masing ialah 27 280 orang, 39 728 orang dan 14 792 orang. Jumlah penduduk ketiga-tiga kampung itu ialah?
-
Yusuf membeli 42 102 biji guli. Ammar membeli lebih 1 275 biji guli daripada Yusuf. Syasya pula membeli 2 709 biji guli. Hitung jumlah guli yang mereka beli kesemuanya.
-
Sebuah syarikat mencetak 52 500 buah buku. 25 600 buah buku telah dijual. Berapa buah buku yang masih tinggal ?
-
Ammar mempunyai 28 940 setem. Dia memberi 7 282 keping stem kepada Anif dan 10 250 keping setem kepada Syasya. Berapa keping stem yang ada pada Ammar sekarang ?
-
Tolak 5 728 daripada seratus ribu. Tolak lagi 2 500 daripada hasil tolak itu. Apakah jawapannya?
-
36 200 , 35 200 , M, K, 31 200
Cari hasil 8 puluh ribu - M - K.
-
Seekor semut mempunyai 6 kaki. Kira bilangan kaki bagi 328 ekor semut.
-
Setiap guni mengandungi 989 biji epal. Berapa biji epal yang terdapat dalam 65 guni itu ?
-
Sebuah kilang menghasilkan 390 batang pen sehari. Kira bilangan pen yang dihasilkan kilang itu dalam masa 20 hari.
-
Sebanyak 72 790 botol air soya dimasukkan ke dalam 58 buah kotak secara sama banyak. Setiap kotak ada berapa botol air soya ?
-
Rifqi menambah 6 705 kepada 28 592. Hasil tambah ini dikurangkan sebanyak 10 050. Apakah jawapannya?
-
Sebanyak 80 000 biji guli dimasukkan ke dalam 80 buah kotak yang sama. Berapa bilangan guli di dalam 9 buah kotak itu ?
-
Sebuah kilang mengeluarkan 18 625 batang pen dalam masa 5 hari. Berapa batang pen yang boleh dikeluarkan kilang itu dalam masa 12 hari ?
-
Syasya mempunyai 13 890 biji gula-gula. Aizuddin mempunyai 2 920 biji gula-gula kurang daripada Syasya. Cari jumlah bilangan gula-gula yang mereka ada.
-
Terdapat 30 buah tin biskut. Sebuah tin mengandungi 3 020 keping biskut. Kesemua biskut diedarkan kepada 100 buah sekolah secara sama rata. Berapakah biskut setiap sekolah dapat?
User comments are currently unavailable. We apologize for the inconvenience and are working to restore this feature as soon as possible.